1. Adakah saya perlu memasukkan markah menggunakan sistem OBE pada semester A192 bagi kursus sarjana muda?

Untuk A192 kemasukkan markah hanya melalui sistem ASIS sahaja

 

2. Adakah saya perlu melakukan perubahan pada setup silabus dan setup teaching plan pada sistem OBE?

Tidak perlu lakukan perubahan

 

3. Kursus saya dipecahkan kepada 70% kerja kursus dan 30% peperiksaan akhir, adakah saya perlu ubah LoC yang berkenaan jika pada semester ini kursus saya telah ubah kepada 100% kerja kursus

Tidak Perlu

 

4. Apa yang perlu saya buat sementara menunggu 31 Mac 2020?

Pensyarah perlu menyediakan bahan pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran yang boleh menyokong pembelajaran secara atas talian. Pensyarah perlu mengemaskini bahan pembelajaran,aktiviti pembelajaran dan bahan penaksiran sehingga tamat semester pengajiian dalam UUM OL.

 

5. Apakah Pengajaran dan Pembelajaran boleh dilaksanakan secara atas talian sepanjang tempoh arahan kawalan pergerakan?

Pihak KPT mengambil maklum akan tahap kesediaan beberapa UA dan IPTS dari segi infrastruktur dan pensyarah dalam melaksanakan pembelajaran dalam talian sepenuhnya. KPT juga mengambil maklum terdapat IPTS yang didaftarkan sebagai institusi yang menawarkan PdP atas talian sepenuhnya (program yang mendapat lesen Open and Distance Learning – ODL).

UA dan IPTS yang menggunakan pembelajaran dalam talian sepenuhnya dalam pelaksanaan PdP UA dan IPTS adalah DIBENARKAN untuk meneruskan pembelajaran dalam talian DENGAN SYARAT bahawa semua pelajar mendapat akses, kesediaan pensyarah dan infrastruktur dapat dipenuhi sepenuhnya. Walau bagaimanapun, sesi bersemuka (face-to-face) adalah TIDAK DIBENARKAN.

Bagi UA dan IPTS yang tidak menggunakan pembelajaran atas talian secara sepenuhnya dalam pelaksanaan PdP adalah TIDAK DIBENARKAN untuk meneruskan aktiviti pembelajaran secara atas talian dengan mengambil kira kepentingan pelajar supaya mereka tidak ketinggalan sekiranya mereka tidak mendapat akses kepada internet.

 

6. Bagaimana dengan pengurusan pelajar bagi yang tidak dapat pulang ke rumah masing-masing?

Pihak UA, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti telah diarahkan untuk tidak meminta pelajar pulang ke rumah masing-masing. Mana-mana pelajar yang masih berada di kampus diminta untuk terus berada di kampus (kolej kediaman, rumah sewa atau kediaman peribadi yang lain). Mereka hendaklah melaporkan kepada pihak pengurusan UA, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti dan tertakluk kepada perintah yang berkuatkuasa. UA, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti perlu bertanggungjawab ke atas keperluan asas, keselamatan dan kebajikan pelajar sepanjang keberadaan mereka di kampus.

 

7. Adakah operasi perkhidmatan diteruskan di kampus?

Semua operasi di UA dan IPTS adalah ditutup sepenuhnya kecuali perkhidmatan penting (essential services) seperti air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, keselamatan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.

Perkhidmatan penyediaan makanan di UA dan IPTS boleh beroperasi dengan hanya melalui pelaksanaan penghantaran makanan atau pembelian makanan secara bungkus sahaja.

 

8. Bagaimanakah status pelajar yang menjalani latihan industri? Adakah mereka akan terus berada di syarikat mereka menjalani latihan?

Pelajar yang sedang mengikuti Latihan Industri (LI) atau latihan Work Based Learning (WBL) di industri ditangguhkan latihan mulai 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 KECUALI bagi industri pemberi Perkhidmatan Penting Negara (rujuk Perutusan Khas YAB Perdana Menteri pada 16 Mac 2020). Pihak institusi boleh mempertimbangkan kelulusan cuti kepada pelajar atas persetujuan pihak industri (Perkhidmatan Penting Negara).

 

9. Bagaimana pula dengan peperiksaan hujung semester, adakah ia akan ditangguh ke tarikh yang lain?

Ya. 

 

10. Umum telah pun mengetahui tempoh penutupan institusi dan kampus adalah bermula 18-31 Mac 2020. Untuk itu, adakah para pelajar perlu terus melapor diri ke kampus masing-masing pada 1 April 2020, atau tidak?

Mohon sentiasa mengikuti sebarang pengumuman dan makluman terkini oleh JPT dan JPPKK.

 

11. Bolehkah sebarang tuntutan dibuat untuk lodging & logistik dibuat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini?

Tidak boleh. Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini mewajibkan warga untuk tidak ke mana-mana dan tinggal di kediaman masing-masing.

 

BUTTON faq